Seorang pemuda sedang asyik menatap sebuah buku yang baru sahaja dibelinya. Diambil sekejap, dibelek-belek, dan kemudian ingin memulakan pembacaan. Tatkala itu, datang seorang kawannya, merenung buku yang dibacanya. Buku Tauhid. Namakan sahaja pemuda yang membaca itu sebagai Ajib, manakala kawannya yang bertanya itu sebagai Sail.
Sail bertanya,
“Kenapa kau selalu membaca buku Tauhid? Bukankah itu satu perkara sia-sia. Lagipun, belum tentu kau benar-benar faham apa yang kaubaca.”
Ajib menjawab,
“Mudah-mudahan bacaan ini menetapkan imanku pada Tuhan.
Sail mencelah,
“Baik, aku nak tanyakan kau beberapa soalan.”
Ajib menjawab,
“Aku akan cuba sekadar termampu dengan izin Allah.”
Sail menguji,
“Pertama, kalau Allah itu ada, tunjukkan aku Allah. Kedua, bukan ke semua perkara ni dah termasuk dalam takdir? Kenapa perlu usaha? Ketiga, kenapa perlu takut kepada Allah dan harap kepada-Nya juga dalam satu masa?”
Ajib terdiam.
Sail pula tersenyum.
Ajib kemudian berkata,
“Jom ikut aku.”
Sail kehairanan lantas bertanya,
“Ke mana?”
Ajib mencapai kunci keretanya, terus menghidupkan enjin. Kedua-dua mereka berada di dalam kereta, Ajib sebagai pemandu. Sengaja dipasang penghawa dingin dengan suhu yang paling rendah.
“Kau nak bawa aku ke mana Jib?” Sail bertanya, kebingungan.
“Sabar.”Ajib membalas, ringkas.
Kedua-dua mereka terdiam. Setelah agak lama, Sail merasakan Ajib memandu kereta terlalu laju ditambah dengan kesejukan penghawa dingin. Ingin ditekannya pada tempat kawalan suhu agar menjadi tinggi, tetapi ditegah oleh Ajib.
Sail semakin bingung,
“Kenapa tak bagi aku tinggikan suhu? Aku sejuk lah.”
Ajib tersenyum lantas berkata,
“Kau sejuk? Tunjukkan aku kat mana sejuk?”
Sail kaku, kelu membisu. Badannya menggeletar. Dilihat pada meter kereta, kelajuan meningkat sehingga 150km/j. Dia hampir-hampir berteriak. Cara pemanduannya pula seperti pelesit yang kegilaan.
“Kau tak takut mati ke Jib?Laju kau bawak ni.”
Ajib tersenyum sekali lagi.
“Confirm ke kau akan mati malam ni?”
Sail hampir-hampir nak termuntah kerana keloyaan. Mulutnya terkumat-kamit mengucap.
“Dah la Jib. Aku dah tak tahan ni. Aku takut accident karang. Perlahan lah sikit.”
Ajib memperlahankan keretanya.
“Rupanya kau takut kereta accident, kemudian kau minta aku bawak perlahan. Macam mana kau boleh takut pada aku dan berharap pada aku dalam satu masa?”
Sail menarik nafas lega.
Ajib melihat muka pucat kawannya.
“At least, kau tahu mengucap juga. Aku dah jawab semua soalan kau.Pertama, kau kata kau sejuk, tapi kau tak dapat tunjukkan aku kat mana sejuk. Sama macam Allah. Allah tu ada, tapi manusia yang cetek ilmu, takkan dapat tunjuk kat mana Allah. Itu perkara ghaib. Kedua, kau cakap takdir ni dah ditetapkan, kenapa kita perlu usaha? Tadi, aku bawak laju, kenapa kau minta aku perlahankan kereta? Kau confirm ke kau akan mati malam ni? Bukan ke kalau aku bawak laju pun, kalau takdir tentukan aku tak mati, aku takkan mati? Tapi, kenapa kau takut? Sebab, secara kebiasaan, kalau bawak kereta macam pelesit, memang akan accident. Sebab tu kena ada usaha untuk bawak kereta hati-hati. Kau pun tau. Sebab tu, kalau kau cakap segala perkara ni adalah takdir, sedang kau tak berusaha, sebenarnya kau sedang memperbodohkan diri kau. Kau takkan tahu takdir kau, melainkan kau sendiri usaha. Ketiga, camne kau boleh takut pada aku akan kegilaan aku bawak laju dan boleh pulak berharap pada aku supaya memperlahankan kenderaan dalam satu masa? Logik tak? Kau takut pada murka Tuhan, dan kau berharap pada kasih-sayang-Nya, itulah maksud takut dan harap pada Allah.”
Sail masih terdiam. Mungkin trauma dengan kejadian. MUngkin dia akan serik bertanya soalan pada Ajib, dan tak mustahil juga, dia serik untuk menaiki kenderaan apabila Ajib menjadi pemandu. Ajib hanya tersenyum melihat kawannya yang menggeletar.
Sempat Ajib bercanda,
“Kau naik kereta tadi baca doa naik kenderaan tak?”
Sebelum menuju pada fokus, satu ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya menjadi juara dalam acara bola sepak dalam sukan SEA baru-baru ini, mengalahkan Vietnam 1-0. Seperti kebiasaan kejayaan dalam bola sepak secara automatik menenggelamkan kejayaan mahupun kekalahan permainan lain, kerana bola sepak dilihat sebagai satu acara yang sudah sebati dengan persepsi masyarakat. Lelaki mesti dikaitkan dengan bola!
Berbalik pada tujuan asal penulisan artikel kali ini, saya ingin menyentuh tentang sikap ahli parlimen. Tetapi, bukan isu Bung Mokhtar dengan perkahwinannya, sebaliknya persoalan kehadiran ahli parlimen ke dewan parlimen untuk meluluskan bajet 2010.
Sangat-sangat mendukacitakan apabila hanya 66 orang ahli parlimen Barisan Nasional yang hadir di dewan parlimen Isnin lalu berbanding pihak pembangkang seramai 63 orang walhal Barisan Nasional mempunyai bilangan ahli parlimen yang ramai iaitu 137 orang berbanding pembangkang iaitu 82 orang. Perkara ini menjadi satu isu besar, apabila melibatkan soal kelulusan bajet 2010 yang secara jelas menentukan hala tuju rakyat.
Kejadian ini berlaku bagi kali kedua selepas rang undang-undang berkaitan DNA diluluskan dalam persidangan sebelum ini dengan undi 43 di pihak kerajaan dan 42 wakil rakyat pihak pembangkang.
APA SEDANG BERLAKU?
Perkara ini mempamerkan bahawa ahli parlimen BN masih merasakan diri mereka berada dalam keadaan zon selesa. Mereka merasakan mereka masih berada pada satu zon, mereka menguasai kerajaan hampir majoriti dewan parlimen suatu ketika dahulu. Kalau mereka terus berada pada zon ini, tak mustahil BN akan runtuh. Walaupun media memomokkan isu kegoyahan pembangkang, pembangkang masih terus bersatu saat sesi dewan. Sekarang siapa yang goyah secara realiti?
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, "Apa dilakukan oleh pembangkang itu memang kerja dia dan memang ada peraturan yang membolehkannya. Prosesnya, apabila seorang bangun mengusulkan sesuatu dan disokong 15 wakil rakyat lain maka usul itu akan diterima."
Ketidakhadiran ahli parlimen BN ke dewan parlimen terutama dalam hal-hal yang melibatkan pengurusan kebajikan seluruh rakyat, akan mengkibatkan satu kesan yang cukup-cukup membimbangkan bagi penyokong tegar Barisan Nasional.
Mengikut konvensyen diamalkan di negara lain, termasuk negara komanwel, pembubaran Parlimen dan menggantikan Perdana Menteri akan dilaksanakan sekiranya bajet nasional tidak diluluskan.
Isunya remeh. Hanya ponteng sesi dewan, impaknya seluruh rakyat.
Tetapi, paling menyakitkan hati penulis sebagai seorang yang bersifat neutral, dalam akhbar Utusan Malaysia, 20hb Disember 2009, ada satu pernyataan menyatakan bahawa pembangkang sebenarnya berusaha menumbangkan kerajaan.
Dah baling batu, masih nak sorok tangan lagi. Orang dah nampak bangkai gajah, nak cuba tutup dengan daun pisang pun dah tak sempat. Jangan sampai rakyat jadi muak.
AHLI PARLIMEN BN SEDAR ATAU TIDAK?
Mungkin sebilangan ahli parlimen menganggap ketidakhadiran mereka tidak akan memberi kesan kepada perjalanan dewan. Mungkin. Tetapi, kalaulah 71 ahli parlimen berfikir sedemikian, ini menggambarkan reputasi mereka. Jumlah yang tidak hadir melebihi jumlah yang hadir, sedangkan sesi dewan ini sangatlah penting.
Ada ahli parlimen mungkin berpendapat, isu kebun getah, enjin motorbot kawasan parlimennya masih banyak untuk diuruskan. Majlis-majlis penonjolan imej sebagai pemimpin berjiwa rakyat untuk terus mengekalkan reputasi dalam kalangan penduduk masih banyak yang perlu dihadiri, atau mungkin, berlakunya satu masalah dalaman dalam kalangan ahli parlimen BN yang rakyat tidak tahu, maka cara ketidakpuashatiannya ditonjolkan melalui pemontengan sesi kuliah, ops, maafkan saya, sesi dewan.
Baru sahaja para menteri dinilai melalui KPI, penilaian prestasi Ahad lalu, baru sahaja muka yang tercalar sedikit di-make-up-kan supaya berseri, kini, tercalar kembali. Salah siapa? Salah Dato' Seri Najib yang sibuk dengan persidangan isu climat yang menentukan masa depan bumi, (kalaulah hasil perbincangan tersebut berkesan, sebab ramai yang masih membantah persidangan tersebut yang dilihat syok sendiri), atau salah Muhyidin Yassin selaku timbalan yang gagal mengawal anak-anak buahnya? Atau mungkin salah ahli parlimen sendiri, ataupun mungkin salah rakyat yang memilih? Tak perlu dipanjangkan, semoga boleh berfikir sendiri.
Mungkin satu cadangan yang dapat dipraktikkan dalam kalangan ahli parlimen BN, cuba capai satu buku, tajuknya Fiqh Aulawiyat karangan Dr. Yusuf al-Qaradhawi (Tokoh Maal Hijrah 1431). Mungkin ahli parlimen BN akan lebih memahami bagaimana untuk mendahulukan perkara yang lebih patut. Atau takut nak menyentuh buku tersebut? Kerana bimbang agama dipolitikkan? Jangan bimbang, politic is dirty itu pemikiran sekuler Machiavelli. Politik yang Islam ajar, menurut tafsiran Mawardi, "Mendirikan agama, dan bersiasah (berpolitik) dengannya." Jangan disalahtafsir pengertian ini. Berpolitik dengan agama membawa maksud, berpolitik dengan garis panduan agama, bukan menggunakan agama untuk kepentingan politik!
Berbalik pada isu asal, ini bukan lagi zaman sekolah. Ponteng-memonteng menjadi satu jenaka. Bahan lawak apabila dikenang. Ini isu, satu undi mempengaruhi segala-galanya. Jatuhnya BN kerana satu undi. Saya tidak menyokong BN, mahupun pakatan pembangkang, tetapi analisis ini sebagai satu buah fikir kepada semua yang membaca. Hari ini, mungkin ini giliran BN, suatu hari nanti mungkin giliran pembangkang. Siapa tahu?
Sepupu saya yang mengajar di pedalaman Sarawak memulakan bicara sewaktu kami bertiga, saya, Pak Ngah dan dia berada di luar rumah.
“Boleh buat kenduri beruang tu.”
Saya mengusik, “Abang Ai tak makan sekali ke?”
“Isy, takkan nak makan.” Kami ketawa.
“Kalau Babi Hutan, memang biasa diorang bawa balik dari memburu. Besar-besar. Biasanya diorang panggang.” Saya yang mendengar, cuba membayangkan rupa babi hutan yang digandarkan.
“Sesekali diorang mengusik, “Cikgu, mau ini babi? Sedap!” Sekali lagi kami ketawa.
Sedikit-sebanyak sepupu saya bercerita tentang tempat mengajarnya yang terdiri daripada 12 orang guru dan 63 orang pelajar. Saya hanya mendengar, mungkin saya akan dapat sesuatu yang sepatutnya saya tahu. Perjalanan dari kawasan tersebut ke kawasan Bandar iaitu Miri pula memakan masa 8 jam menggunakan Pacuan 4 Roda.
Sempat saya bertanya,
“Muslim ada di situ?”
“Tak ada. Yang ada, hanya kami, cikgu-cikgu yang bertugas.” Sepupu saya membalas. “Kalau masuk dalam kampung mereka, depan kampung ada tanda salib besar.” Sepupu saya menambah lagi.
Maknanya, Kristian terlebih dahulu memasuki kawasan mereka, kawasan pedalaman yang tidak sanggup diredahi orang!
KENAPA TIDAK ISLAM KE SANA TERLEBIH DAHULU?
Sejarah mempamerkan James Brooke dan kelurganya menguasai Sarawak. Sedang pada waktu itu, masyarakat Sarawak masih dilihat dengan kekunoan ideologinya, bersifat kurang bertamadun di kebanyakan kawasan.
Maka, ini dilihat sebagai satu peluang oleh Gerakan Missioneri Kristian untuk menyebarkan dakyah mereka di Sarawak, supaya ramailah penganut Kristian.
Bermatlamatkan mengumpul penganut yang ramai, mereka sanggup masuk ke kawasan pedalaman, dan melaksanakan aktiviti kebajikan serta memberikan wang kepada masyarakat pedalaman.
Lantas, tanpa bersusah payah, masyarakat Sarawak yang telah tertarik dengan material dan gula-gula kebajikan, merelakan nama mereka ditukar kepada Kristian.
Adakah kita terkesan?
KRISTIANISASI MASYARAKAT
Proses pengkristianisasi masyarakat sebenarnya tidak berobjektif jelas. Saya berpendapat, mereka seolah-olah ingin meramaikan penganut tanpa memikir aplikasi atau amal yang sepatutnya mereka turut berdasarkan Bibble.
Mungkin mereka ingin mendabik dada menyatakan mereka punya penganut agama yang ramai. Cuba tanyakan pada golongan yang didakyah menerima agama kristian, apakah mereka faham kandungan Bibble? Berapa ramai dalam kalangan mereka menghafal Bibble?
Hatta, dalam satu perbincangan tentang soal perkahwinan, ulama’ membahaskan spesifikasi untuk ahlul kitab, iaitu kristian dan yahudi, hendaklah dalam kalangan mereka yang bukan atheis. Kebanyakan kes yang berlaku di sebelah Barat, kebanyakan mereka bernama Kristian walhal mereka adalah atheis. (Rujuk pada artikel saya: Slaughtering By Ahlul Kitab)
Mungkin juga mereka masih berdendam dengan umat Islam dalam Perang Salib. Sehinggakan pada hari ini, mereka memusuhi Islam secara terang-terangan. Dilihat Geoge W. Bush, selaku pemimpin Neo-Konservatif yang terlalu radikal dengan Kristiannya, sanggup bergabung dengan Yahudi bagi menghapuskan pengaruh Islam.
Tanpa sedar juga, bertopengkan pertubuhan kebajikan di kawasan bencana alam dan peperangan, mereka menyusup masuk, bermanis muka berselindungkan seribu makna. Kalaulah kehadiran mereka itu atas dasar pertolongan sesama manusia, itu masih boleh dikira rasional, sebaliknya, mereka menggunakan peluang ini menginjeksi kristianisasi, berpsikologi menarik minat umat Islam yang susah. Kita sedar ataupun tidak?
Dengan Cinta Terlarang juga, mereka mampu membiuskan gadis-gadis muda yang terlanjur untuk memeluk agama mereka. Seribu macam taktik digunakan bagi menghalalkan cara untuk memenuhi matlamat mereka. Inilah Kristianisasi.
Negara kita tak terkecuali. Takkan terkecuali. Samaada pemerintah benar-benar sedar atau tidak. Samaada diri kita sedar ataupun tidak.
KITA MASIH LAGI BERGADUH
Bukan saya ingin menimbulkan isu, tetapi, umat Islam Negara kita masih tidak menyedari akan hakikat ini. Sama ada pihak kerajaan mahupun pembangkang. Soal politik digembar-gemburkan dengan isu-isu kontroversi. Apakah wartawan tandus idea, atau tidak sanggup ke kawasan pedalaman menemuramah untuk perkara ini, supaya masyarakat Islam lebih sedar?
Saya sangat bosan apabila isu tauliah menjadi satu subjek yang menjadi perbincangan walhal, secara umumnya, seorang sarjana yang telah diiktiraf, mempunyai pengkajian yang mendalam dalam bidang ilmunya.
Soal perbezaan pandangan, itu perlu ditoleransikan, bukan mengecam dan mengaut sekali golongan yang agamanya di atas pagar. Menyebabkan kita terus berpecah-belah. Rakyat menjadi mangsa.
Matlamat kita, adalah bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian membasmi agenda kristianisasi. Kerajaan akan terus berdosa sekiranya tidak difikirkan jalan keluar masalah ini. Pembangkang juga akan berdosa kerana mengabaikan tanggungjawab sosialnya pada masyarakat, bukan semata-mata meraih undi.
Secara sedar, semua pihak harus bekerjasama memikirkan dan melaksanakan perkara ini.
KRISTIAN DI PEDALAMAN: BAGAIMANA PULA DI BANDAR?
Perkara ini menjadi topik perbincangan sejagat. Agenda mereka menjadikan umat Islam yang berfahaman free-thinker hampir kesampaian. Kalaulah di pedalaman, mereka hanya disogok dengan barang dan wang, sebaliknya di Bandar, mereka terus terdedah dengan Cinta Terlarang, Hedonisme, asimilasi program realiti bersifat mee segera, penjualan dadah, dan kes bohsia dan bohjan.
Malahan, ada golongan bernama Islam, tetapi perilakunya menyerupai kristian. Pemakaiannya, gaya hidupnya, apabila air kencing syaitan itu menjadi togokan harian. Seks bebas seolah rutin yang perlu dilaksanakan. Lebih teruk, apabila perkara ini dibiarkan begitu sahaja oleh pihak berwajib yang lebih sibuk dengan isu-isu pertelingkahan yang bersifat furu’.
Kes ini lagi teruk berbanding isu ‘pandangan ini tidak sesuai di Malaysia.’ Kenapa tidak ditangkap remaja-remaja sebegini, sebaliknya bekas mufti pula ditangkap kerana didakwa tidak mempunyai tauliah. Saya berpandangan sebegini bukan kerana saya menyokong Dr. Asri, sebaliknya, untuk memberi peringatan, tugas JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri, lebih besar daripada itu.
Bukankah Imam al-Ghazali pernah menyinggung, “Aku melihat pada zamanku, golongan ahli Syariah terlalu sibuk membicarakan tentang persoalan khilaf supaya mereka dilihat handal dalam perdebatan, dan mereka cuba mengambil hati penguasa agar periuk nasi mereka terjaga.”
Agenda Ummatisasi masih perlu diteruskan.
APA USAHA KITA?
Sekurang-kurangnya, sokonglah usaha sama ada kerajaan atau pembangkang melaksanakan program untuk bersama-sama dengan golongan yang agamanya masih di atas pagar, dan terus berdoa, mudah-mudahan mereka diberi hidayah.
Sokongan kewangan, tenaga kerja, mahupun penyaluran idea, supaya metod dakwah dilihat lebih berkesan.
Saya menulis kerana sayangkan agama ini. Apakah anda juga begitu?
“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani (Kristian))tidak akan sesekali redha pada kamu sehingga kamu mengikuti mereka…”
Sewaktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2007, saya pernah membuat satu deklarasi di hadapan sahabat-sahabat di sekolah. Deklarasi?
Ya! Deklarasi!
Seusai peperiksaan Additional Mathematics pada hari tersebut, saya terus keluar dari dewan peperiksaan sambil tersenyum puas. Di hadapan sahabat-sahabat saya, saya berkata;
“Inilah kali terakhir aku sentuh buku add math. Lepas ni, dah takde add math lagi.”
“Kenapa?”Mereka bertanya.
“Sebab, selepas ni, aku akan ambil LAWS.”
Kerana pada waktu itu, entah mengapa, Additional Math menjadi killer subject bagi saya menyebabkan minat terhadap subjek tersebut berkurang walaupun keputusan SPM untuk Add Math memuaskan. Lantas saya berpersepsi bahawa saya ini kurang minat pada nombor dan penelitian, apa puncanya? Maka, saya berhipotesis, saya ini adalah homo sapiens yang memiliki dominasi otak kanan berbanding otak kiri. Tetapi, apakah betul?
Balik ke rumah, tanpa bertangguh, saya mengemas buku add math, dan meletakkannya di dalam satu kotak dan disealkan. Puas hati.
Rupa-rupanya, takdir Allah, sekali lagi saya mempelajari Add Math di Centre for Foundation Studies IIUM dalam bidang ekonomi. Saya hanya tersenyum pabila teringat kisah deklarasi ‘takkan belajar add math’ lagi.
OTAK KIRI DAN OTAK KANAN
Seperti kejadian Tuhan yang banyak, otak juga diciptakan secara berpasang-pasangan untuk melengkapi fungsi antara satu sama lain.
Sebagaimana Adam diciptakan untuk Hawa, begitu juga sebaliknya.
Syurga diciptakan untuk balasan baik, neraka pula sebaliknya.
Kanan, pasangannya mesti kiri.
Utara, pasangannya Selatan.
Dan pelbagai kejadian Tuhan yang lain. Mengandungi sejuta hikmah yang tak akan kesemuanya difahami melalui kedangkalan minda manusia.
Berbalik pada fungsi otak kanan dan kiri :
Perbezaan teori fungsi otak kanan dan otak kiri telah popular sejak tahun 1960. Seorang peneliti bernama Roger Sperry menemukan bahawa otak manusia terdiri dari 2 hemisfera (bahagian), iaitu otak kanan dan otak kiri yang mempunyai fungsi yang berbeza. Atas jasanya ini beliau mendapat hadiah Nobel pada tahun 1981. Selain itu dia juga menemukan bahwa pada saat otak kanan sedang bekerja maka otak kiri cenderung lebih tenang, demikian pula sebaliknya.
Otak Kanan (long-term memory):
Imaginasi
Berfikir secara kreatif
Irama
Khayalan
Emosi
Ilham
Intuisi (gerak hati)
Warna
Muzik
Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif
Otak kiri (short-term memory):
Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
Menyimpan data dan fakta
Menganalisis
Memahami logik, bahasa dan matematik
Walaupun keduanya mempunyai fungsi yang berbeza, tetapi setiap individu mempunyai kecenderungan untuk mengunakan salah satu belahan yang dominan dalam menyelesaikan masalah hidup dan pekerjaan. Setiap belahan otak saling mendominasi dalam aktiviti namun kedua-duanya terlibat dalam hampir semua proses pemikiran. Sifatnya saling melengkapi.
Contohnya:
Seorang pelajar menggunakan kedua-dua otaknya tatkala dia menghafal sesuatu fakta melalui pemetaan peta minda yang berwarna-warni.
Seorang doktor menggunakan kedua-dua belah otaknya apabila dia berkebun atau bermain instrument muzik.
Sebenarnya, manusia itu punya kekuatan menguasai kedua-dua belah otaknya. Tetapi, apakah dia mahu atau tidak, itulah persoalannya. Kadang-kadang, sebagai pelajar, kita tidak menyukai sesuatu subjek bukan kerana dominasi belahan otak kanan atau kiri, sebaliknya kerana mind-set yang memprogramkan segalanya adalah sukar. Bukankah Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga kaum tersebut mengubah nasibnya sendiri?
REDHA
Sebelum ke Darul Quran, saya berhujah dengan kedua ibu bapa saya yang menginginkan saya ke Darul Quran. Saya katakan pada mereka, kalau saya ke DQ, saya takkan dapat ambil Undang-undang, kerana syarat untuk Program Persijilan Tahfiz mestilah mengambil bidang Sains di UIA nanti. Saya berhujjah, dan akhirnya saya kalah, hanya kerana kebimbangan dianggap baik ditambah masa pengajian yang menjadi semakin panjang. Saat itu, pemikiran masih lagi materialis dan liberal. Mungkin ada hikmah.
Di DQ, saya melakukan pengkajian, How to beat the system? Walau macam mana pun, saya tetap dengan perjuangan untuk mengambil jurusan Undang-undang. Tetapi, akhirnya, selepas membuat penelitian, jurusan paling hampir dengan Undang-undang adalah Economics and Management Sciences.
Di sini (UIAM), apabila para senior bertanya, kenapa tak tukar LAWS?
Jawapan saya mudah.
“Peringkat master nanti, ana nak cuba apply Company Law.”
Biarkan dahulu saya di dalam bidang ekonomi untuk mengkaji sistem ekonomi, mengenal pasti dan mengkaji undang-undang Ekonomi. Sangat menarik.
Selepas beberapa lama, baru saya tersedar, deklarasi saya suatu ketika dahulu membuktikan kekerdilan manusia. Manusia mungkin mampu bertekad, tetapi persoalan takdir, tetap milikNya. Yang penting berusaha, dan berserah. Pengajaran qadha dan qadar.
Apa yang penting, setiap perkara perlu ada Tauhidnya. Jangan celupar dalam bicara, kerana setiap kata-kata ada ujiannya. Sama ada kita teguh dengan pendirian atau goyah. Maka, mohonlah pada Allah, agar mati kita dalam RahmatNya.
Bumi Allah, Negeri Haji Abdul Rahman Limbong, Malaysia
Hamba menoleh ke belakang, terlihat ulama'-ulama' berhempas pulas membela tanah air dari dinodai kedurjanaan Kuffar.
Ternanti, apakah masih ada lagi jiwa perindu syahid?
Tentulah ada, kalau kita, barisan pemuda, tetap teguh pada ikatan agama. Maka, hamba, selaku pemuda :
Bercita-cita menguasai bidang ekonomi Islam dan dunia sekaligus agar mampu menjadi jurucakap Islam kepada dunia.
Bukankah terbinanya Islam atas dasar hujjah? Bukannya mata pedang.